fbpx
Adly (tengah) menyantuni anak-anak autisme ketika menghadiri majlis peluncuran Program Ikhtiar Autisme Angkatan Tentera Malaysia (IA-ATM) di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Lautan Kasih Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

Penjimatan disaran kerajaan tak jejas operasi ketenteraan, perancangan Mindef

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Penijamatan disarankan kerajaan ekoran konflik Asia Barat tidak akan menjejaskan sebarang operasi ketenteraan ataupun program-program berkaitan yang telah dirancang Kementerian Pertahanan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, pihak kementerian menyambut baik saranan penjimatan tersebut yang mana ia merangkumi aspek seperti penggunaan tenaga di pejabat-pejabat selain majlis keraian terutamanya ketika Aidilfitri.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia tidak melibatkan sebarang perancangan Kementerian Pertahanan (Minded) seperti operasi-operasi ketenteraan di laut, udara dan darat.

“Ia tidak akan mengganggu sebarang bentuk operasi sama ada di darat, laut dan udara kerana ia adalah satu aspek keselamatan yang diberikan tumpuan dan kita mahu mengoptimumkan keupayaan-keupayaan kita,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Ikhtiar Autisme Angkatan Tentera Malaysia (IA-ATM) di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Lautan Kasih Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di sini.

Adly berkata, selain penjimatan tenaga, perancangan-perancangan yang tidak akan terjejas dengan saranan penjimatan itu termasuklah sambutan Hari TLDM ke-92 pada bulan depan.

“Sebahagian daripada program kita adalah dalam bentuk latihan-latihan dan sebahagian daripadanya menghubungkan kita dengan masyarakat. Itu akan teruskan,” katanya.

Beliau berkata, projek-projek dirancang kementerian termasuklah pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) tidak akan terjejas kerana ia penting bagi menjamin kedaulatan negara.

Mengulas tentang Program IA-ATM, Adly berkata, ia merupakan inisiatif baharu Mindef dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan National Autism Society of Malaysia (NASOM).

Katanya, program itu dibiayai oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai sebahagian daripada komitmen sukarela syarikat terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat.

“IA-ATM memfokuskan kanak-kanak autisme dikalangan anak-anak Warga Kerja Pertahanan (WKP) berusia 3 hingga 15 tahun khususnya yang berada di kem-kem ATM.

“Objektif program antaranya ialah mendengar dan mendapatkan input berkenaan keperluan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak autisme daripada ibu bapa dan guru-guru serta mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai tanggungjawab sosial ke atas anak-anak istimewa ini,” katanya.

Beliau berkata, seramai 20 anak-anak autisme terlibat bagi peringkat awal program itu iaitu 10 di Pangkalan TLDM Lumut dan 10 lagi di Kem Terendak, Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN