fbpx
Allahyarham Azman Ismail ketika ditemu bual Kosmo! di Pejabat KPDN Kelantan pada November lalu.

Pengarah KPDN Kelantan meninggal dunia akibat kanser usus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail meninggal dunia awal pagi tadi akibat komplikasi penyakit kanser.

KPDN Kelantan dalam satu kenyataan berkata, Allahyarham yang sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini menghembuskan nafas pada pukul 2.40 pagi.

Menurutnya, Allahyarham ditidurkan sejak seminggu lalu akibat komplikasi penyakit kanser usus dan telah berada dalam pemantauan serta rawatan beberapa bulan yang lalu.

“Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Al-Baqi Mukim Mujur, Jelawat, Bachok pada pukul 9.00 pagi.

“Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuin Pasir, di Jelawat, Bachok,” katanya.

Menurut kenyataan itu, arwah meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.

Katanya, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat warga KPDN khususnya di Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN