fbpx
Gambar hiasan janaan AI.

Orang ‘gomen’ diingat rancang kewangan, jurang gaji April-Mei 36 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai khususnya penjawat awam diingatkan supaya merancang perbelanjaan dengan lebih berhemah susulan tempoh jurang pembayaran gaji antara April dan Mei tahun ini yang mencecah 36 hari.

Menerusi satu hantaran tular di Threads, seorang pengguna memaklumkan gaji bagi bulan April dijadualkan dibayar pada 16 April 2026 manakala pembayaran seterusnya untuk bulan Mei adalah pada 21 Mei 2026.

“Tahukah anda jurang untuk gaji April-Mei adalah selama 36 hari. Jadi, sama ada buat pendapatan sampingan atau berbelanjalah secara berhemah. Selamat merancang,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai apabila rata-rata netizen mengakui tempoh tersebut agak panjang dan memerlukan pengurusan kewangan yang lebih teliti, terutama bagi mereka yang mempunyai komitmen bulanan tinggi.

Seorang pengguna, @msyth.k, berkata dia sudah mula berasa tertekan walaupun tarikh gaji masih belum tiba.

“Ni pun dah sesak bang nak tunggu 16 April,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @eijaizzaty, mengakui dia pada asalnya merancang untuk mengadakan majlis kesyukuran sebaik menerima gaji, namun terpaksa memikirkan semula keadaan ekonomi semasa.

“Saya niat nak buat majlis rumah terbuka, majlis kesyukuran sikit dapat gaji ini. Harap asbab bagi makan orang, Allah limpahkan lagi rezeki kami sekeluarga, tapi ekonomi makin meruncing ni,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN