fbpx
SEORANG lelaki maut dalam insiden pergaduhan di kawasan Buntong, Ipoh semalam.

Lelaki maut ditetak dalam insiden pergaduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki maut selepas mengalami kecederaan parah akibat ditetak dalam satu insiden pergaduhan di kawasan Buntong, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 malam itu, mangsa berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di lokasi berkenaan.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki terbaring di tengah jalan dengan kesan kecederaan parah dipercayai akibat ditetak menggunakan senjata tajam.

“Ketika kejadian, mangsa berada di sebuah premis sewa kereta bersama rakan-rakannya sebelum didatangi sekumpulan suspek yang bertindak menyerang menggunakan parang.

“Kejadian itu turut mengakibatkan beberapa rakan mangsa cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, susulan kejadian itu, pihak polis berjaya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

Katanya, suspek terbabit kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Usaha sedang dijalankan bagi mengesan suspek-suspek lain. Siasatan terhadap kes ini dijalankan mengikut Seksyen 302, Seksyen 326 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana membunuh, mendatangkan kecederaan parah dan merusuh,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN