fbpx
Thalita menafikan terbit rasa cemburu selepas ibu tirinya, Watie Hanafiah melahirkan bayi perempuan seperti didakwa sebuah akaun Facebook baru-baru ini.

Itu muka ketika badan gatal, saya tak marah atau cemburu – Thalita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kecewa difitnah, penyanyi Thalita menafikan terbit rasa cemburu selepas ibu tirinya, Watie Hanafiah melahirkan bayi perempuan seperti didakwa sebuah akaun Facebook baru-baru ini.

Menurut Thalita atau nama penuhnya, Dzahira Talita Zahra, 13, reaksi wajah yang seolah-olah dirinya cemburu itu adalah adalah fitnah memandangkan ketika itu dia sedang mengalami gatal-gatal pada bahagian badan.

“Saya hanya nak cakap yang tidak rasa kecewa, cemburu dan sebagainya. Dalam foto tersebut, badan saya sedang gatal dan macam yang kalian lihat, saya memasukkan tangan dalam baju.

“Orang yang sedang rakam video ini ialah mak cik saya ketika kami membuat panggilan video dengan ahli keluarga lain.

“Benda ini boleh menjadi satu fitnah besar, sejujurnya tak suka langsung kalau orang memandai-mandai,” katanya.

Tambah anak kepada pelawak Shuib dengan Allahyarham Siti Sarah itu, dia meminta setiap pihak tidak membuat andaian sendiri sebelum memuat naik sebarang konten dalam media sosial.

“Satu lagi benda, waktu yang kalian cakap saya ‘buat muka’, ketika itu mak saya belum bersalin lagi.

“Sebelum kalian muat naik secara online, cari tahu secara terperinci dulu untuk mengelakkan fitnah besar.

“Saya sangat marah melihat perkara ini, tiada rasa sebarang kesedihan langsung, saya gembira.

Terdahulu, sebuah akaun Facebook memuat naik kapsyen dan foto memaparkan wajah Thalita seperti sedang marah selepas Watie selamat melahirkan bayi perempuan semalam.

“Eh kenapa buat macam tu, itu adik kamu juga.

“Baru saja Watie selamat melahirkan bayi, reaksi Talita di bilik bersalin pula jadi perhatian,” tulis akaun tersebut.

Semalam, Shuib berkongsi khabar gembira selepas Watie melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkahwinan mereka.

Shuib sebelum ini sudah memiliki empat orang anak bersama Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 14, Dzahira Talita Zahra, 13, Ariq Matin, 9 dan Ayash Affan, 4.

Untuk rekod Shuib dan Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah berkahwin pada 23 Jun 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN