fbpx
SALAH seorang penunggang motosikal terperangkap di celah dahan pokok yang tumbang di Kampung Bukit Terabak, Kupang di Baling malam tadi.

Dua penunggang motosikal cedera ditimpa pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Dua penunggang motosikal cedera akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Kampung Bukit Terabak, Kupang, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, dua mangsa terbabit terperangkap di bawah batang dan dahan pokok sebelum diselamatkan anggota bomba dan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe, kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Baling untuk rawatan.

Katanya, pihak bomba seterusnya melakukan kerja-kerja pemotongan dan pengalihan sisa pokok yang menghalang laluan.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika melalui kawasan berisiko seperti jalan berbukit serta kawasan yang mempunyai pokok besar, khususnya ketika keadaan cuaca tidak menentu,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN