fbpx
Muhammed Amir (kiri) dan Muhammed Amin (kanan)

Dua anak lelaki Daim dikenakan waran tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua anak lelaki bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Majistret di sini kerana kerana gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk berdepan pertuduhan hari ini.

Kedua-dua anak Daim itu ialah Muhammed Amir Zainuddin Daim, 31, dan Muhammed Amin Zainuddin Daim, 28,.

Selain Amir dan Amin turut dikenakan waran tangkap ialah seorang lagi individu yang dikenali sebagai Josephine Premla.

Majistret Illi Marisqa Khalizan memutuskan demikian itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk ketiga-tiganya dikenakan waran tangkap selain mendapati permohonan mempunyai merit.

“Saya percaya penama-penama ada pengetahuan mengenai notis yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi mereka masih gagal untuk menghadirkan diri. Permohonan pendakwaan mempunyai merit, dengan itu waran tangkap dikeluarkan,” kata Majistret Illi Marisqa.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan peguam penama-penama untuk menangguhkan sementara keputusan (waran tangkap) sehingga pemfailan rayuan dibuat.

Terdahulu, peguam Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid yang mewakili dua anak Daim itu membantah permohonan pendakwaan kerana tiada notis pertuduhan terhadap dua anak guamnya itu dikemukakan sebelum permohonan waran tangkap boleh dibuat di mahkamah.

“Sebelum waran tangkap dimohon perlu ada notis kehadiran ke mahkamah namun perkara itu tiada, sebaliknya hanya notis mengikut Seksyen 30(1) Akta SPRM 2009 untuk hadir beri keterangan sebagai saksi membabitkan kes Allahyarham Tun Daim,” kata peguam itu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mahadi Abdul Jumaat semasa mengemukakan hujahan mengenai permohonan waran tangkap itu berkata, permohonan dibuat mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 48(1) Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593).

Menurutnya, dua beradik itu gagal hadir sebanyak tiga kali sejak diarahkan oleh SPRM pada 14 Februari lalu manakala Josephine gagal hadir sebanyak dua kali.

Katanya, kegagalan mereka hadir kali pertama itu dan peguam menghantar surat memaklumkan dua beradik itu berada di luar negara, SPRM kemudian mengeluarkan hebahan media mengesan penama dan surat arahan kedua kepada penama serta peguam untuk mereka hadir beri keterangan pada 11 Mac.

“Pada 9 Mac, peguam sekali lagi menghantar surat memaklumkan anak guam tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan rawatan ibu selain akan menyambut hari raya dan mencadangkan tarikh kehadiran pada 30 Mac.

“Atas permohonan itu, agensi memberi tempoh lebih seminggu dan menetapkan 6 April untuk mereka hadir bagi tujuan serahan notis pertuduhan di mahkamah. Dalam surat sama juga, kita memaklumkan tiada lagi permohonan penangguhan akan dilayan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN