fbpx
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuin Pasir, Jelawat dekat Bachok hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI/KOSMO!

Azman jalani pembedahan buang darah beku sebelum ditidurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Allahyarham Azman Ismail, 56, yang meninggal dunia awal pagi tadi akibat komplikasi penyakit kanser bersetuju untuk menjalani pembedahan buang darah beku di dalam dadanya sebelum ditidurkan pada 30 Mac lalu.

Isterinya, Arabi Muhammad Amin, 56, berkata, dia sempat bercakap buat kali terakhir dengan arwah sebelum ditidurkan semasa menjalani pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat Kota Bharu.

“Sebelum menjalani pembedahan itu, arwah sudah terlantar selama 104 hari semasa menjalani rawatan kanser usus.

“Sepanjang tempoh itu, arwah tidak mempunyai sebarang masalah dan kesihatannya merosot sehingga kerap mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Mujur, Jelawat di sini hari ini.

Terdahulu, Allahyarham Azman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuin Pasir, Jelawat di sini kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dihadiri lebih 200 ahli keluarga termasuk kakitangan KPDN dan agensi kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN