fbpx
Peserta bertempur dengan anggota polis semasa protes atas pelbagai isu di Chennai pada 12 Februari lalu. - AFP

9 polis dihukum mati, seksa tahanan buka kedai semasa Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Sembilan anggota dan pegawai polis di India dijatuhi hukuman mati berhubung kematian seorang bapa dan anaknya semasa dalam tahanan pada tahun 2020, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

P Jeyaraj, 58 dan anaknya Benicks, 38, meninggal dunia dalam penjara di negeri  Tamil Nadu, selatan India.

Mereka mati beberapa hari selepas ditahan kerana didakwa membuka kedai telefon bimbit sekali gus melanggar perintah berkurung semasa pandemik Covid-19.

Pakaian anak beranak  itu ditanggalkan sebelum mereka dibelasah  dengan kejam, kata hakim ketika menjatuhkan hukuman semalam, menggambarkan kes itu sebagai salah guna kuasa  kuasa yang jelas.

“Mereka (tertuduh) melakukannya dengan niat membunuh.

“Mereka menyerang orang  tidak bersenjata, mereka tidak patut diampunkan. Mereka tidak patut diberi hukuman lebih ringan berdasarkan usia atau latar belakang keluarga,” kata hakim.

Seramai 10 anggota polis secara keseluruhan ditahan berhubung kes tersebut tetapi seorang meninggal dunia akibat Covid-19 pada tahun 2020.

Kejadian itu mencetuskan protes di Tamil Nadu, dengan ahli-ahli  parlimen pembangkang juga  turun ke jalanan. 

Menurut kumpulan-kumpulan  hak asasi manusia, beratus-ratus  orang meninggal dunia ketika dalam tahanan di India setiap tahun, menunjukkan polis menggunakan penyeksaan dan penderaan untuk mendapatkan pengakuan suspek.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN