fbpx
SEBUAH bangunan rosak akibat serangan Amerika-Israel di Tehran pada 4 April lalu. – AFP

3,587 rakyat Iran maut serangan Amerika-Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

TEHRAN – Media Iran hari ini melaporkan bahawa 18 orang  termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam serangan di wilayah Alborz  bersempadan dengan Tehran,  memetik kenyataan seorang pegawai wilayah.

Timbalan Gabenor Wilayah Alborz berkata,  serangan Amerika Syarikat(AS)-Israel mengenai  kawasan perumahan dan kematian 18 rakyat kami telah disahkan, termasuk dua anak kecil, demikian menurut laman web Mizan Online dan agensi berita Fars.

Seramai 24  orang turut cedera dalam serangan awal pagi tersebut, tambahnya.

Kerajaan Iran belum mengeluarkan angka korban keseluruhan yang dikemas kini untuk perang itu sejak beberapa hari lalu.

AFP juga tidak dapat mengakses lokasi serangan untuk mengesahkan angka korban di Iran secara bebas.

Namun, Agensi Berita Aktivis Hak Asasi Manusia (HRANA)  berpangkalan di AS berkata sekurang-kurangnya 3,597 orang telah terbunuh di Iran, termasuk 1,665 orang awam yang mana antara mereka sekurang-kurangnya 248 kanak-kanak serta 1,221 anggota tentera. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN