DI Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Sungai Long, Kajang, Selangor menjadi rutin buat sekumpulan pelajar yang mengikuti Program Sarjana Muda Kewartawanan Media Cina akan membawa kamera dan perakam suara sambil bergerak di sekitar kampus untuk merakam pelbagai kisah kehidupan universiti. Kumpulan pelajar ini merupakan ahli portal berita kampus U-Click, sebuah platform media pelajar yang menjadi ruang latihan kewartawanan sebenar bagi mahasiswa. Bagi mereka, kewartawanan bukan sekadar teori di dalam bilik kuliah tetapi satu proses pembelajaran yang melibatkan pemerhatian, komunikasi, ekspresi……














