fbpx
Tunku Mahkota Ismail berpengalaman memimpin FAM selaku presiden pada 2017 dan 2018. - Foto ihsan Facebook HRH Crowne Prince of Johor

Tunku Mahkota Ismail pilihan No. 1 jadi Presiden FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar menganggap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim tokoh paling layak untuk menjawat kerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan akan datang.

Menurut Syed Yazid, visi serta kepimpinan yang tinggi pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) terhadap arena bola sepak termasuk memastikan JDT mencipta pelbagai kejayaan di peringkat domestik dan antarabangsa wajar untuk dipuji.

Namun, Syed Yazid percaya jika Tunko Mahkota Ismail enggan untuk dicalonkan, individu nombor dua layak dipilih adalah Presiden Kehormat FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

“Kalau ikutkan secara peribadilah, memang Pemangku Sultan Johor (calon paling layak untuk jawatan Presiden FAM). Saya berasa baginda calon yang boleh perbetulkan balik FAM.

“Kalau bukan Tunku Mahkota Ismail, saya berasa Tan Sri Hamidin (calon kedua yang layak untuk jawatan Presiden FAM). Ia memandangkan beliau ada dengan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) dan juga AFC (Kofederasi Bola Sepak Asia).

“Saya berasa dia pun salah seorang yang boleh perbetulkan balik FAM,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri KLFA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan beberapa individu telah dikaitkan mengisi kekosongan tersebut termasuk golongan kerabat seperti Tunku Mahkota Ismail dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Selain itu, tokoh korporat terkenal, Tan Sri Tony Fernandes juga turut dikhabarkan ke jawatan panas berkenaan selain nama Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN