fbpx
KOMBINASI gambar Vuong (kiri) dan Pangestu. – AGENSI

Pham Vuong orang terkaya Asia Tenggara, atasi Prajogo Pangestu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI –  Pengerusi Vingroup, Pham Nhat Vuong mengatasi taikun Indonesia, Prajogo Pangestu untuk menjadi orang terkaya di Asia Tenggara, dengan nilai kekayaan bersih AS$24.5 bilion (RM98.7 bilion) demikian  menurut Forbes.

Setakat semalam, Forbes meletakkan Vuong di tangga ke-100 dalam senarai kekayaan globalnya, manakala Pangestu pula berada di tangga ke-138.

Dalam tempoh tiga bulan yang lalu, kekayaan Pangestu menjunam daripada lebih AS$44 bilion (RM177.3 bilion) kepada AS$18.6 bilion (RM74.9 bilion). 

Ini terutamanya disebabkan  oleh kejatuhan 60 peratus saham syarikatnya Barito Pacific, selepas Jakarta mempersoalkan ketelusan pasaran saham tempatan dan nilai sebenar saham syarikat-syarikat korporat terbesar di Indonesia pada Januari lepas.

Sejak awal 2026, kekayaan Vuong yang mencapai kemuncak  tertinggi tahun lepas berkurangan hampir AS$4 bilion (RM16.1 bilion) susulan kejatuhan saham Vingroup.

Vuong diiktiraf oleh Forbes  sebagai bilionair Vietnam yang pertama pada 2013, yang mana beliau mempunyai kekayaan  bersih AS$1.5 bilion (RM6 bilion)  dan berada di tangga ke-974 global.

Selepas 12 tahun, kekayaannya meningkat lebih 16 kali ganda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN