fbpx
Pagar menutupi kerja-kerja pembinaan dewan besar White House yang baharu pada 5 November 2025 di Washington, DC. - AFP

Perkhidmatan Rahsia siasat insiden tembakan berhampiran White House

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) menyatakan  bahawa pihaknya sedang menyiasat kejadian tembakan  berhampiran Lafayette Park yang terletak di seberang jalan dari White House semalam, lapor akhbar The Guardian.

Tiada kecederaan dilaporkan dan tiada suspek ditemui selepas pencarian di taman tersebut serta kawasan sekitarnya selepas tengah malam, kata agensi itu dalam satu kenyataan di media sosial.

Ketika kejadian, Presiden Donald Trump sedang bercuti hujung minggu  di White House, namun belum memberikan sebarang komen mengenai insiden tersebut. 

“Operasi White House kekal seperti biasa tetapi keselamatan di kawasan ini dipertingkatkan,” kata Perkhidmatan Rahsia.

Taman itu telah dipasang pagar selama berminggu-minggu untuk kerja pengubahsuaian.

Menurut Perkhidmatan Rahsia,  pihaknya bekerjasama dengan polis tempatan untuk memastikan keselamatan di lokasi tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN