fbpx
Norizan

Norizan hilang ketika cari kerja ditemui di Terminal One

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari kerja di daerah ini ditemukan selamat di Terminal One di Seremban, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, wanita berkenaan, Norizan Yahya, 51, yang gagal dihubungi sejak dua hari lalu telah menghubungi abangnya kira-kira pukul 3 pagi tadi.

“Wanita tersebut memaklumkan ke Seremban untuk mencari kerja dan tidak dapat dihubungi sebelum ini kerana kehabisan bateri telefon. Kakak kepada wanita itu kemudian membuat laporan mengenai penemuan Norizan di Balai Polis Bahau pukul 7.50 pagi tadi, ” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang wanita gagal dihubungi selepas dikatakan keluar mencari pekerjaan di Seremban. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN