fbpx
Ariffin memberi jaminan bahawa kesemua dokumen jemaah haji dapat disediakan sebelum mereka berangkat ke tanah suci.

Khidmat wasiat percuma untuk bakal haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah) menawarkan perkhidmatan wasiat percuma kepada bakal jemaah haji tahun ini sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Tawaran bermula 7 April hingga 15 Mei 2026 itu terbuka kepada semua bakal jemaah haji di seluruh negara tanpa sebarang syarat, berbeza dengan pendekatan tahun-tahun sebelumnya yang terhad kepada jemaah yang hadir secara fizikal ke reruai syarikat semasa kursus perdana haji.

Presiden Kumpulan Wasiyyah, Ariffin Sabirin berkata, risiko yang dihadapi jemaah haji sentiasa wujud, khususnya sekiranya berlaku kematian di tanah suci yang boleh menyukarkan waris menguruskan harta pusaka tanpa dokumen perancangan yang lengkap.

“Bagi tahun 2026, risiko tersebut dilihat lebih tinggi berban­ding tahun-tahun sebelumnya berikutan situasi konflik yang sedang berlaku di Asia Barat.

“Atas sebab itu, tawaran ini dibuka kepada semua bakal jemaah haji di seluruh Malaysia tanpa syarat dan kami menjangkakan seramai 2,000 bakal jemaah haji akan memanfaatkan tawaran wasiat percuma tersebut,” katanya dalam satu kenya­taan semalam.

Secara purata, kira-kira 1,000 jemaah haji memanfaatkan kemudahan wasiat percuma yang ditawarkan Wasiyyah setiap tahun.

Bakal jemaah haji boleh mendapatkan wasiat percuma de­ngan menghubungi mana-mana perunding harta pusaka Wasiyyah yang berdaftar atau melayari laman web rasmi syarikat.

Ariffin menambah, dengan sokongan kira-kira 6,000 perun­ding profesional terlatih di seluruh negara serta aplikasi digital Wasiyyah yang diiktiraf sebagai platform berasaskan teknologi kewangan pertama di Malaysia, akses kepada perkhidmatan tersebut kini lebih mudah.

Selain itu, jemaah haji turut ditawarkan diskaun menarik bagi perkhidmatan hibah dan amanah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN