fbpx
SEBUAH pesawat AirAsia Airbus A320 berada di Lapangan Terbang Antarabangsa I Ngurah Rai di Bali pada 21 Januari 2024. – AFP

Indonesia akan naikkan harga tiket penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

JAKARTA – Indonesia hari ini mengumumkan kenaikan surcaj bahan api pesawat sebanyak 28 mata peratusan dan akan membenarkan syarikat-syarikat penerbangan menaikkan harga tiket penerbangan domestik sehingga 13 peratus.

Berikutan harga minyak global melambung susulan perang  Asia Barat, Menteri Ekonomi Airlangga Hartarto berkata, surcaj bahan api jet akan meningkat dari 10 kepada 38 peratus, manakala harga tiket menokok antara sembilan hingga 13 peratus.

Syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia Tenggara, AirAsia X  berkata hari ini bahawa pihaknya  juga akan menaikkan harga tiket dan mengurangkan laluan sebagai langkah penjimatan bagi mengurangkan impak peperangan.

Di Jakarta, Airlangga berkata,  kerajaan akan menanggung cukai nilai tambah 11 peratus ke atas tiket penerbangan domestik bagi mengimbangi kesan kenaikan harga terhadap  penumpang.

“Jumlah subsidi yang diberikan oleh kerajaan adalah sekitar 1.3 trilion rupiah (kira-kira RM307.4 juta) sebulan,” katanya.

Langkah  tersebut akan dinilai semula selepas dua bulan, tambahnya, bergantung kepada sama ada ‘perang Asia Barat berterusan’. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN