fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat landa beberapa negeri hingga 3 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak hingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Kedah (Langkawi, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Pulau Pinang dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong),” lapor MetMalaysia.
“Selain itu, kawasan yang dijangka terjejas adalah Kuala Lumpur dan Selangor yang melibatkan beberapa daerah seperti Hulu Selangor, Gombak, Petaling serta Hulu Langat turut berada dalam kawasan amaran,” katanya.

Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Serian), Samarahan (Samarahan), Sri Aman, Mukah (Mukah), Kapit (Kapit) dan Bintulu (Tatau).

Bagi Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Beaufort) dan Pantai Barat (Papar dan Penampang).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN