fbpx
Tangkap layar video kejadian kekecohan di sebuah pusat hiburan di Cheras, semalam.

[VIDEO] Geng bertopeng rempuh pusat hiburan guna lori, polis buru suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian kekecohan di sebuah pusat hiburan di Cheras selepas merempuh premis tersebut menggunakan sebuah lori.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 7.30 malam, semalam.

Menurutnya, insiden tersebut dipercayai berlaku lebih awal pada hari sama kira-kira pukul 1.30 tengah hari.
“Siasatan awal mendapati kumpulan suspek bertindak merempuh pintu pagar premis menggunakan sebuah lori sebelum menceroboh masuk dan melakukan khianat dengan memecahkan barangan di dalam premis tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 kanun sama.

Tambahnya, usaha mengesan semua suspek yang terlibat sedang giat dijalankan. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN