fbpx
Dua wanita berkenaan bergaduh di tepi jalan sambil disaksikan orang ramai. - Istimewa

Berebut teman lelaki, 2 wanita ‘berkungfu’ tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu video tular di media sosial Indonesia memaparkan dua wanita bergaduh di tepi jalan sambil diperhatikan orang ramai yang menyorak melihat aksi mereka, lapor laman berita Detik semalam.

Kejadian berlaku di Bacukiki Barat, wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat lalu, sekitar pukul 5.40 petang (waktu tempatan).

Dalam video tersebut, dua wanita berkenaan saling menarik baju mereka serta menarik rambut dan berusaha untuk menjatuhkan pihak lawan.

Situasi semakin tegang apabila beberapa orang cuba masuk campur untuk meleraikan pergaduhan itu, namun gagal.

Sejumlah penduduk yang melalui jalan tersebut menyaksikan pergaduhan mereka, malah ada yang bersorak.

Menurut laporan, pergaduhan itu tercetus kerana isu berebut teman lelaki.

Sementara itu, Polis Parepare ketika ditanya berkata, mereka belum menerima laporan rasmi mengenai kejadian tersebut. 

“Tiada laporan yang diterima,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Parepare, Asisten Komisioner Muh Agus Purwanto. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN