fbpx
LOKASI mangsa ditemui di kawasan belukar berhampiran lampu isyarat Pengkalan Batu, pagi tadi.-Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Bapa ditemui meninggal dunia, anak nafi bapa dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang wanita menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan kematian bapanya sebagai kes bunuh dalam kejadian di Pengkalan Batu di sini, hari ini.

Azlina Md. Said, 50, berkata, orang ramai diminta menghentikan penyebaran berita tidak sahih itu kerana bapanya, Mat Said Bidin, 79, dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

Justeru Azlina tampil bagi menjelaskan keadaan sebenar susulan penularan dakwaan tidak berasas di media sosial berhubung kematian bapanya.

“Tolong hentikan penularan berita tidak sahih yang mengaitkan bapa saya dengan kes bunuh kerana tiada sebarang kesan tikaman ditemui pada tubuhnya.

“Bapa saya hilang sejak semalam dan kami telah mencarinya sebelum jenazahnya ditemukan pagi tadi di bawah pokok kelapa di kawasan belukar berhampiran lampu isyarat Pengkalan Batu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, mangsa tidak pulang ke rumah sejak semalam sebelum usaha pencarian dilakukan oleh ahli keluarga.

“Semalam dia tak balik, kami cari merata tapi tak jumpa dan pagi tadi kami jumpa motosikalnya sebelum menemui dia berhampiran kawasan pokok kelapa itu.

“Kalau betul dibunuh, mesti ada kesan tikaman, tetapi langsung tiada,” ujarnya.

Tambahnya, bapanya dipercayai ke kawasan tersebut untuk mencari hasil kampung seperti kelapa, jering dan mangga sebelum mungkin diserang sakit jantung.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial dengan dakwaan seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan mencurigakan sehingga mencetuskan spekulasi berlakunya kes bunuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN