fbpx
Kenderaan perkhidmatan kecemasan memenuhi lokasi kejadian. - Bomberos De Panama

150 cedera diserang lebah pembunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENONOME, PANAMA – Serangan kawanan lebah ketika sambutan Hari Easter oleh penganut Kristian menyebabkan 150 orang cedera, dengan 50 terpaksa dirawat di hospital, lapor akhbar Metro UK semalam.

Penduduk di bandar Penonome, tengah Panama terkejut selepas kawanan lebah Afrika atau lebih dikenali sebagai ‘lebah pembunuh’  menyerbu kejiranan mereka.

Serangan berlaku semasa  penduduk sedang berarak pada  Jumaat lepas.

Kira-kira 150 orang cedera dalam serangan itu, manakala 50 mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan. 

Menurut saluran televisyen Destino Panama, antara yang cedera ialah paderi yang mengetuai acara keagamaan.

Jabatan bomba berkongsi rakaman video di media sosial, menunjukkan jalan-jalan di lokasi kejadian dipenuhi kenderaan perkhidmatan kecemasan.

Tidak diketahui apa yang menyebabkan kawanan lebah itu menyerang orang ramai, tetapi serangan cenderung berlaku antara Januari hingga April apabila makanan semakin berkurangan, manakala cuaca panas dan kering menjadikan serangga itu lebih agresif. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN