fbpx

[VIDEO] Pemandu lawan arus di Jalan Klang Lama diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang pemandu yang dirakam memandu melawan arus di Jalan Klang Lama selepas video kejadian itu tular di media sosial hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 11.38 pagi sebelum bertindak segera menjalankan siasatan.

Menurutnya, hasil semakan mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 9.44 pagi melibatkan laluan dari persimpangan Jalan Klang Lama/Jalan Sepadu hingga ke persimpangan Jalan Klang Lama/Jalan Kuchai Lama.

“Pergerakan kenderaan secara melawan arus itu melibatkan jarak kira-kira 500 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setakat ini semakan mendapati tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut.

“Bagaimanapun, pihak JSPT telah mengarahkan usaha mengesan pemandu dan kenderaan terbabit dijalankan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Tambah beliau, siasatan lanjut masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN