fbpx
DAYANGKU Nazeera (kanan) kecewa dengan tindakan individu dipercayai bekas isteri Que iaitu Linda Jasmine yang didakwa menyebar fitnah mengenai abangnya.

‘Terima kasih bekas kakak ipar sebar fitnah, jawablah di akhirat nanti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita dikenali sebagai Dayangku Nazeera yang dipercayai adik kepada Que Haidar tampil bersuara selepas wujud pelbagai dakwaan terhadap pelakon terbabit sejak semalam.

Menurut Dayang, dia tidak menyangka orang ramai termasuk bekas kakak iparnya yang dipercayai ditujukan kepada Linda Jasmine sanggup menabur fitnah terhadap abangnya.

“Yang sebarkan fitnah, bersedialah untuk jawab di akhirat, hati-hati ya semua.

“Kami sekeluarga layan sebaik-baiknya dia. Tak sangka difitnah sebegini.

“Terima kasih bekas kakak ipar atas fitnah yang disebar. Semoga Allah SWT membalas dan semoga Tuhan melindungi abang saya,” katanya dalam satu hantaran TikTok.

TANGKAP layar perkongsian Dayang yang dimuatnaik dalam TikTok.

Dia bagaimanapun tidak memperincikan fitnah yang didakwa disebar bekas kakak iparnya itu.

Dalam hantaran berbeza, Dayang juga memberitahu kecewa dengan sikap individu yang melemparkan dakwaan tidak benar mengenai abangnya dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Kalau tak tahu cerita sebenar, lebih baik diam daripada menyakiti orang lain dengan fitnah.

“Kita malas nak buka aib orang tapi kalau dah buka, awak malu sampai tak keluar rumah nanti, malu nak jumpa media.

“Sabar orang ada limit, jadi berpada-padalah buat cerita itu. Kita ini sabar sebab abang sendiri,” ujarnya.

Dia juga meminta orang ramai agar tidak terus mempercayai dan menjatuhkan hukum tanpa mengetahui kebenaran di sebalik dakwaan negatif mengenai Que yang tersebar ketika ini.

“Kalau ikutkan hati, dah lama tersebar aib awak itu.

“Jangan risau, orang bukan bodoh. Cepat atau lambat semua akan tahu siapa sebenarnya yang bersalah,” katanya lagi.

Semalam, Linda memberi bayangan seolah-olah dia bercerai dengan Que pada Julai 2024 disebabkan mahu melindungi anak-anak mereka daripada kejahatan.

Untuk rekod, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN