fbpx
Gambar hiasan

Teguran minum bawa maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Hanya kerana menegur seorang penyelia pembinaan minum bersama rakannya membuatkan seorang pengawal keselamatan maut dibunuh selepas bergaduh di sebuah taman perumahan di Bandar Bukit Raja di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu berlaku selepas mangsa lelaki tempatan berusia berusia 40 tahun diserang dengan besi pengunci kereta di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa sedang melakukan rondaan di kawasan taman berkenaan.

“Suspek yang juga penyelia pembinaan itu dipercayai tidak berpuas hati selepas ditegur mangsa sehingga berlakunya pergaduhan.

“Mangsa yang diserang dengan objek tumpul itu kemudian cedera parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam pukul 4.18 pagi tadi,” katanya hari ini.

Menurut Vijaya, hasil maklumat kemudian membawa kepada penahanan suspek di sekitar Bukit Raja di sini, kira-kira pukul 10 pagi.

Polis turut merampas sebatang besi pengunci kereta yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai lapan rekod lampau jenayah dan dua rekod berkaitan dadah. Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN