fbpx
ANWAR beramah mesra dengan warga Felda  sempena Program Perdana Menteri bersama Warga Peneroka Felda di Felda Semenchu, Kota Tinggi. Foto RAJA JAAFAR ALI

Tak banyak negara berani sokong Iran, Malaysia tampil tegas – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menegaskan tidak banyak negara termasuk dalam kalangan negara Islam yang berani menyatakan pendirian terbuka menyokong Iran, namun Malaysia memilih untuk tampil tegas dalam ketegangan geopolitik Amerika Syarikat, Israel dan Iran.

Menurut Anwar, pendirian itu dibuat atas prinsip kedaulatan negara selain komitmen Malaysia dalam mempertahankan keadilan di peringkat antarabangsa, walaupun berdepan tekanan susulan konflik melibatkan Iran, Israel dan Amerika Syarikat (AS).

“Tidak banyak negara termasuk negara Islam yang berani nyatakan sokongan terhadap Iran, tetapi Malaysia sebagai negara berdaulat mengambil pendirian jelas.

“Kita juga mempunyai hubungan baik dengan Iran dan ini memudahkan urusan penting negara termasuk membantu pergerakan tujuh kapal Malaysia di Selat Hormuz,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Perdana Menteri Bersama Warga Peneroka Felda di Felda Semenchu, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun menegaskan kerajaan ketika ini tidak memberi tumpuan kepada soal pilihan raya, sebaliknya fokus utama adalah memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Katanya, konflik antarabangsa yang sedang berlaku dijangka memberi kesan kepada ekonomi global termasuk peningkatan harga barangan yang akhirnya dirasai hingga ke peringkat kampung.

“Kerajaan sekarang bekerja keras, tidak perlu fikirkan pilihan raya kerana masih lambat. Fokus kita adalah mencari penyelesaian supaya kesan kepada rakyat dapat diminimumkan,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN