fbpx
SALAH seorang pelajar IPG Kampus Perlis yang ditemukan lemas dekat Pantai Merdeka, Sungai Petani semalam.

KPM ucap takziah kes 2 pelajar IPG lemas, siasat pematuhan SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan (KPM) melakukan siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan prosedur operasi standard (SOP) susulan kejadian dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis lemas ketika berkayak di Pantai Merdeka, Sungai Petani semalam.

KPM berkata, kejadian tersebut dalam siasatan pihak berkuasa dan semua institusi pendidikan di bawah KPM diingatkan agar sentiasa memastikan penganjuran aktiviti luar mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengutamakan keselamatan peserta.

Katanya, pihak KPM sedang menguruskan bantuan kepada keluarga pelajar terlibat.

“Sokongan psikososial turut disediakan. Aspek kebajikan dan kesejahteraan diberi tumpuan, ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KPM turut menzahirkan rasa duka cita dan merakamkan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa.

“Semoga seluruh keluarga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” ujarnya.

Kosmo! malam tadi melaporkan aktiviti berkayak sekumpulan pelajar institusi perguruan bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas di Pantai Merdeka.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, mangsa masing-masing lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan 20-an hilang selepas dipukul ombak. Mereka dikatakan menyertai aktiviti itu bersama 33 lagi rakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN