fbpx
Suasana di laluan masuk utama kawasan kebun kelapa sawit itu di Setia Alam.-Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

Kami rimas, takut masuk koloni PATI Setia Alam -Penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Kami rimas dan tidak selesa kerana penempatan haram itu bertapak sejak sekian lama,”.

Itu luahan penduduk setempat di sekitar di kawasan kebun kelapa sawit di Setia Alam di sini, yang menjadi koloni pendatang asing tanpa izin (PATI).

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Rahim, 40, berkata lokasi terletak di atas bukit itu sememangnya dihuni warga asing terutama warga Indonesia.

Menurutnya, lokasi berkenaan agak tersorok dan sering dilalui motosikal dipercayai menuju ke penempatan tersebut.

“Walaupun mereka tidak pernah menimbulkan masalah setakat ini, kami tetap berasa tidak selesa dan takut untuk masuk ke kawasan itu.

“Penduduk kini lega selepas kawasan tersebut diserbu pihak berkuasa dan berharap penempatan itu terus dipantau atau ditutup sepenuhnya,” katanya hari ini.

Tinjauan mendapati beberapa kenderaan terutama motosikal dan warga asing masih melalui kawasan kebun sawit berkenaan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan koloni PATI yang tersorok dan lengkap dengan kemudahan asas seperti surau, kedai runcit yang mempunyai tong gas subsidi serta bekalan air akhirnya terbongkar selepas pasukan penguat kuasa terpaksa mendaki hampir 400 meter untuk menjejak penempatan haram itu, semalam.

Seramai 214 PATI terdiri warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan dan Sri Lanka dengan kesalahan dikesan antaranya tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.

Sementara itu, penduduk yang mahu dikenali sebagai Mastura, 39, berkata pihak berkuasa perlu sentiasa mengambil tindakan tegas berterusan bagi membanteras koloni berkenaan.

“Ini kerana warga asing itu sewenang-wenangnya membina rumah secara haram sedangkan kita warga tempatan susah sehingga terpaksa menyewa.

“Serbuan memang pernah dilakukan namun kita mahu penempatan seumpama itu terus dan tidak wujud lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN