fbpx
Menurut Nabila Huda, kelibat suaminya jarang berada di sisi atau acara hiburan kerana tidak selesa dengan segala perhatian yang diterima.

‘Ini dia suami saya, tengok puas-puas, zoom muka dia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menjawab pertanyaan ramai, pelakon Nabila Huda memilih untuk ‘menayang’ suami tersayang, Mohd. Izwan Johar yang hadir memberi sokongan terhadap filem terbaharunya, Gayong 2 baru-baru ini.

Menurut Nabila, 41, kelibat suaminya jarang berada di sisi atau acara hiburan kerana Mohd. Izwan tidak selesa dengan segala perhatian yang diterima.

“Kepada sesiapa yang sibuk bertanya ‘di mana suami, lama tak nampak’, ini dia. Tengok puas-puas, zoom muka dia okey!

“Maaflah, rasa sudah berlebih-lebihan nak kongsi kebahagiaan dalam media sosial ini, tak perlulah ya.

“Suami saya nak jalan bersama di karpet merah pun tidak minat, apa entah lagi hadir ke sebarang acara,” katanya dalam platform Threads.

Pun begitu, Nabila berkata Mohd. Izwan tidak akan pernah terlepas dalam memberi sokongan terhadap mana-mana karya baharu lakonannya selama ini.

Dia juga menegaskan suaminya adalah antara individu yang sentiada berada di sampingngnya dalam waktu suka atau senang.

“Cuma di setiap majlis gala (tayangan perdana), dia tidak pernah terlepas untuk menonton saya bertukar menjadi singa.

“Tapi, saya nak kalian tahu bahawa dalam kehidupan saya yang bermacam-macam ini, dia selalu ada untuk saya.

“Akan sentiasa menyokong walau apa pun terjadi,” jelasnya.

Terdahulu, Nabila dan Izwan mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2015.

Nabila sebelum itu pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani, namun bercerai pada 2011 selepas tiga tahun bersama.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata Keisha Laila yang kini berusia 16 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN