SEMAKIN jarang tampil bersama, namun ada kenalan rapat pasangan selebriti popular didakwa terlepas cakap mengenai satu rahsia besar.
Kononnya, artis sama cantik sama padan itu sebenarnya sudah sah bergelar suami isteri pada penghujung tahun lalu.
Menurut khabar dari pihak lain pula, hari bersejarah yang dirahsiakan itu berlangsung di Tanah Suci Mekah.
Sebenarnya Diva ada terdengar banyak versi membabitkan pasangan itu.
Malah rata-rata peminat tiada masalah sekiranya artis kesayangan mereka itu berkahwin. Memang mereka serasi bersama terutama apabila beraksi di atas pentas.
Kalau ikutkan, sudah lama peminat tertanya-tanya kesahihan hubungan pasangan itu.
Apa pun kita doakan sahaja agar semuanya berjalan lancar.
Ini cuma desas-desus.Kalau betul kita tunggu saja pengumuman hari manis mereka.
DIVA: Teruja dengar ada personaliti popular dah berbaik dengan bekas suami.






