SUNGAI BULOH – Tujuh buah kenderaan hangus dalam kejadian kebakaran di sebuah pusat memandu di Jalan Kuang Sungai Pelong, di sini malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.45 malam.
“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh tiba di lokasi 10 minit kemudian. Kebakaran melibatkan tujuh kereta jenis hatchback yang musnah 95 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kebakaran bagaimanapun tidak membabitkan mangsa atau kerosakan struktur bangunan. – KOSMO! ONLINE














