fbpx
Gaokao

5 peperiksaan paling sukar di dunia, ada peratus lulus kurang 1%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SISTEM peperiksaan telah diperkenalkan sejak zaman-berzaman untuk mengukur tahap pengetahuan, kemahiran atau kefahaman seseorang dalam sesuatu bidang. Ia menjadi kaedah terpenting dalam memilih pekerja dan mereka yang bakal menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Setiap peperiksaan itu direka dengan tahap kesukaran tertentu. Sehubungan itu, pada minggu banyak orang bercakap tentang peperiksaan ini, CitaRasa kongsikan lima peperiksaan paling sukar di dunia 2026 menurut Shiksha.com.

1- Gaokao

PEPERIKSAAN Kemasukan Kolej Kebangsaan (NCEE) atau lebih dikenali sebagai peperiksaan Gaokao merupakan penilaian wajib untuk pelajar tahun akhir sekolah menengah sebagai pintu masuk utama ke pengajian sarjana muda di China.

Peperiksaan ini dianggap sebagai peperiksaan paling sukar di dunia. Markah maksimum dalam peperiksaan ini ialah 750 mata. Untuk lulus, calon memerlukan lebih 600 mata. Kadar purata lulus peperiksaan ini begitu rendah iaitu 0.003 hingga 0.004 peratus! Durasi peperiksaan adalah sembilan jam. Gaokao berlangsung selama dua hari yang memerlukan pelajar berdepan ujian dengan tekanan sangat tinggi. Skor terbaik pada peperiksaan Gaokao akan memberi pelajar peluang belajar di universiti paling terkemuka dan kursus utama.

2- Peperiksaan Lanjutan JEE

SETERUSNYA, peperiksaan Lanjutan JEE di India. Pelajar di India yang ingin belajar di program kejuruteraan dikehendaki lulus ujian ini. Agensi Ujian Kebangsaan (NTA) menjalankan JEE Lanjutan di peringkat kebangsaan untuk memilih pelajar bagi kemasukan ke kursus kejuruteraan sarjana muda yang ditawarkan oleh Institut Teknologi India.

Hanya 20 peratus pelajar layak mengikutinya. Salah satu format yang paling sukar adalah peperiksaan direka untuk menguji keupayaan pelajar untuk berprestasi di bawah tekanan. Disebabkan masa yang terhad, calon perlu cemerlang dalam pengurusan masa dan mengekalkan fokus. Selain itu, jika calon menjawab empat soalan dengan salah, maka dia akan kehilangan satu markah jawapan yang betul.

3- Peperiksaan Perkhidmatan Awam UPSC (CSE)

DI kedudukan ketiga ialah Peperiksaan Perkhidmatan Awam UPSC (CSE). Tujuan utama peperiksaan ini adalah untuk merekrut penjawat awam paling berprestij di India. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kesatuan (UPSC) menjalankan peperiksaan perkhidmatan awam. Salah satu jawatan itu ialah pegawai Indian Administrative Service (IAS) yang memegang banyak jawatan kepimpinan dalam kerajaan.

Mereka sering berkhidmat sebagai Setiausaha (ketua pentadbiran) di pelbagai kementerian dan jabatan di peringkat pusat dan negeri. Untuk menjadi penjawat awam yang paling bereputasi, seseorang itu perlu lulus UPSCCSE yang merupakan peperiksaan kedua paling sukar di India. Sukatan pelajaran meliputi sejarah India, kerajaan, sains dan peristiwa dunia.

4- All Souls Prize Fellowship

SELAIN itu, All Souls College, Oxford University, di United Kingdom turut tersenarai sebagai peperiksaan paling sukar di dunia.
Institusi penyelidikan itu akan melaksanakan peperiksaan tersebut setiap tahun untuk memilih felo penerima hadiah All Souls College yang akan’memegangnya’ selama tujuh tahun. Pengiktirafan felo daripada peperiksaan itu akan membolehkan mereka meneruskan penyelidikan dan kajian bebas tanpa sebarang tanggungjawab akademik formal.

Peperiksaan ini begitu sukar sehingga hanya segelintir peserta berjaya melepasinya. Bilangan calon yang mengikuti peperiksaan All Souls Prize Fellowship adalah seramai 150 orang setahun dan hanya dua orang terpilih.

5- USMLE


KELIMA ialah peperiksaan Pelesenan Perubatan Amerika Syarikat (USMLE) iaitu merupakan peperiksaan pelesenan perubatan di Amerika Syarikat. Mereka yang mahu bertugas sebagai doktor di Amerika Syarikat (AS) wajib lulus peperiksaan ini.

Peperiksaan USMLE terkenal dengan standard yang tinggi dan kandungannya yang luas. Calon mengambil masa selama bertahun-tahun sebagai persediaan menghadapi peperiksaan sukar ini.Tempoh peperiksaan adalah selama tujuh hingga sembilan jam dengan calon seramai 80,000 orang setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN