fbpx
KALI terakhir berganding dalam Dilwale pada 2015, SRK dan Kajol dikhabarkan akan kembali disatukan dalam sebuah filem tidak lama lagi.

Shah Rukh, Kajol kembali jadi hero heroin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DESAS-DESUS kononnya pasangan serasi, Shah Rukh Khan (SRK) dan Kajol akan kembali bergandingan dalam sebuah filem hangat diperkatakan di Bollywood.

SRK dikatakan akan kembali membintangi naskhah romantik selepas penggambaran filem King. Dalam masa sama, Kajol juga dikatakan sedang mempertimbangkan satu tawaran yang tidak didedahkan.

Ramai peminat mula membuat andaian dua bintang terkenal itu bakal terlibat dalam filem yang sama. Kali terakhir SRK dan Kajol bergandingan sebagai pasangan hero dan heroin adalah menerusi filem Dilwale pada 2015.

Gandingan mereka berdua sering mencetuskan fenomena sejak membintangi filem Baazigar, Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kuch Kuch Hota Hai, Khabie Kushi Kabhie Gham dan My Name Is Khan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN