fbpx
Tangkap layar beberapa video tular di aplikasi Thread.

[VIDEO] Ramai cemas lihat individu jatuh atas landasan di LRT Abdullah Hukum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna transit aliran ringan (LRT) stesen Abdullah Hukum gempar susulan seorang individu disyaki terjatuh di kawasan landasan petang ini.

Menerusi beberapa hantaran tular di Threads, orang ramai memaklumkan kejadian itu menyebabkan suasana di stesen berkenaan menjadi cemas, selain perkhidmatan tren dipercayai terpaksa dihentikan seketika.

Berdasarkan perkongsian pengguna media sosial, mangsa dilaporkan masih hidup ketika ditemui dan berada dalam keadaan duduk serta tidak banyak bergerak sementara menunggu bantuan tiba.

“Ada orang jatuh dekat LRT Abdullah Hukum. Dia duduk diam je, tak gerak gerak. Mungkin ada orang tertolak kot, sebab kan LRT sentiasa penuh. Nasib lah LRT sempat brek kecemasan,” katanya dalam kenyataan @Fasyuhd.

Turut dikongsikan beberapa pengguna lain, pasukan bomba dilaporkan telah tiba di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa atau pengendali pengangkutan berhubung punca sebenar kejadian serta keadaan semasa mangsa.

Sementara itu, Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan tren diberhentikan sementara di antara Stesen Universiti dan Abdullah Hukum.

Rapid KL berkata, perkhidmatan tren alternatif akan diaktifkan iaitu tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Universiti, tren dari Gombak akan berpatah balik di Bangsar manakala tren perantara dari Universiti ke Bangsar (Platform 2). – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN