fbpx
POLIS menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan curi kabel di kawasan Bercham di Ipoh hari ini.

Suspek curi kabel kena ‘kepung’ polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Cubaan dua lelaki disyaki terbabit dalam kegiatan curi kabel untuk meloloskan diri gagal selepas kereta dinaiki mereka dikejar kenderaan polis peronda (MPV) dalam kejadian di kawasan Bercham, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, anggota MPV mengesan sebuah kereta BMW dalam keadaan mencurigakan ketika sedang menjalankan rondaan pada pukul 2.30 pagi.

Katanya, apabila diarahkan memberhentikan kereta, pemandu BMW itu bertindak melarikan diri dengan memecut laju kenderaan sehingga melanggar tiang di tepi jalan.

“Bagaimanapun, dengan bantuan beberapa unit polis, kenderaan berkenaan berjaya dipintas dan kedua-dua suspek berjaya ditahan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit menemui sejumlah bahan disyaki dadah jenis methamphetamine dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel.

Katanya, kedua-dua suspek yang berusia antara 18 hingga 30-an, kini direman bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN