fbpx
TRUMP berpaling melihat Bondi (dua, kiri) sebelum menandatangani perintah eksekutif di pejabat rasmi, Oval Office di White House pada 2 April lalu. – AFP

Presiden Trump pecat Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump memecat Peguam Negara Amerika Syarikat(AS), Pam Bondi  yang merupakan  sekutu lama dan pembela setia pentadbiran beliau, lapor Perbadanan Penyiaran British(BBC) semalam.

Trump memuji Bondi dalam catatan di laman sosial rasmi, Truth Social dan berkata, beliau akan ‘bertukar’ kepada peranan dalam sektor swasta.

Tempoh Bondi mengetuai Jabatan Kehakiman sering dibayangi oleh cara beliau mengendalikan pembebasan fail berkaitan Jeffrey Epstein dan penyiasatan ke atas pesalah seks tersebut.

Bondi adalah pegawai pentadbiran Trump kedua yang dipecat dalam tempoh beberapa selepas Kristi Noem ditamatkan perkhidmatan sebagai ketua keselamatan dalam negeri pada Mac lepas.

Wanita itu akan digantikan oleh bekas timbalannya, Todd Blanche.

Bondi berkata,  beliau akan bekerja keras untuk memindahkan tugas  kepada Blanche, sambil menambah, khidmatnya sebagai Peguam Negara ‘merupakan penghormatan’ seumur hidup.

Menurut wanita berkenaan, beliau akan ‘terus berjuang untuk Presiden Trump dan pentadbirannya’.

Pengumuman itu dibuat kurang dua bulan selepas sesi soal jawab Kongres yang agresif.

Awal semalam,  Trump mempertahankan Bondi dengan berkata: “Beliau seorang yang hebat dan melakukan tugas dengan baik”.

Bagaimanapun, Trump dilaporkan semakin kecewa dengan Bondi, terutamanya mengenai pengendalian fail Epstein.

Apabila Bondi mengangkat sumpah jawatan pada Februari 2025, beliau berjanji untuk telus mengenai kes Epstein dan menyiarkan senarai pelanggan pesalaah seks itu yang meninggal dunia pada 2019.

Jabatan Kehakiman  kemudiannya berkata, senarai sedemikian tidak wujud.

Akhirnya, berjuta-juta fail berkaitan Epstein disiarkan di bawah tekanan dan hanya selepas Kongres meluluskan rang undang-undang menghendaki Jabatan Kehakiman membenarkan fail Epstein dibuka kepada orang awam. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN