fbpx
IRAQ menghadiahkan kemenangan buat rakyat negara itu selepas kejayaan sah ke pusingan akhir Piala Dunia. - AFP

Piala Dunia: Iraq atasi kesukaran demi impian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUADALUPE – Iraq akhirnya menamatkan penantian panjang selama 40 tahun untuk kembali ke pentas Piala Dunia selepas menewaskan Bolivia 2-1 dalam aksi playoff antara benua, kelmarin.

Kejayaan penuh emosi itu menyaksikan skuad yang digelar Lions of Mesopotamia kembali ke kejohanan terbesar bola sepak dunia buat kali pertama sejak kali terakhir membuat penampilan pada edisi 1986.

Kemenangan tersebut hadir dalam situasi cukup mencabar apabila persiapan pasukan terganggu akibat masalah perjalanan susulan konflik di Asia Barat.

Pengendali Iraq, Graham Arnold memuji komitmen luar biasa pemainnya yang tetap berjuang meskipun berdepan pelbagai kesukaran sebelum perlawanan.

“Saya perlu ucap tahniah kepada pemain yang beraksi dengan mentaliti sebenar Iraq, berjuang habis-habisan dan sanggup mempertaruhkan segalanya, sebab itu kami menang,” katanya.

Menurutnya, kejayaan tersebut bukan sekadar kemenangan di atas padang, tetapi hadiah buat rakyat Iraq yang sedang berdepan situasi sukar ketika ini.

“Saya sangat gembira kerana kami berjaya menggembirakan 46 juta rakyat Iraq, lebih-lebih lagi dengan apa yang sedang berlaku di Asia Barat sekarang,” ujarnya.

Dalam masa sama, Arnold turut mengakui tentangan sengit Bolivia yang hampir mencipta kejutan, namun disiplin pertahanan Iraq menjadi faktor utama kemenangan.

Iraq kini bakal berdepan cabaran lebih besar apabila diundi dalam kumpulan sukar bersama Perancis, Norway dan Senegal, namun kejayaan ini sudah cukup membuktikan kebangkitan semula mereka di pentas dunia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN