fbpx
Dr. Riza (kanan) bersama balu Allahyarham Amirul, Nor Nadia di Klang hari ini.

Pelbagai pihak terus bantu keluarga Amirul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Nasib keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang maut dirempuh pemandu dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah terus mendapat perhatian pelbagai pihak apabila mereka menerima sumbangan bagi meringankan beban hidup.

Terbaharu, Yayasan Insan Sakan bersama Saloma Kuala Lumpur tampil menghulurkan bantuan termasuk menaja keperluan asas persekolahan anak-anak mangsa.

Pengasas Yayasan Insan Sakan merangkap Presiden Saloma Kuala Lumpur, Datin Seri Dr. Riza Che Umar berkata, sumbangan itu disampaikan dalam satu lawatan ke kediaman keluarga mangsa di Klang, Selangor.

Menurutnya, bantuan yang diberikan merangkumi pakaian sekolah, beg serta alat tulis bagi kegunaan anak-anak mangsa untuk tempoh tertentu selain sumbangan kewangan.

“Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk membantu golongan yang memerlukan serta menunjukkan bahawa keluarga mangsa tidak bersendirian dalam menghadapi ujian ini.

“Kami berharap sumbangan kecil ini dapat meringankan beban mereka, di samping memberi sokongan moral kepada keluarga,” katanya.

Dalam kejadian sebelum ini, Allahyarham Amirul Hafiz maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah kenderaan dipercayai dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Klang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nor Nadia Abd. Majid serta tiga orang anak, dua daripadanya masih bersekolah manakala seorang lagi berusia dua tahun.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN