fbpx
PEMANDU treler (depan) positif dadah jenis Methamphetamine yang mengakibatkan tiga maut di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban, Segamat petang semalam direman empat hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Segamat.

Nahas 3 maut: Pemandu treler positif dadah direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Pemandu treler yang disahkan positif dadah mengakibatkan kemalangan maut meragut tiga nyawa di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru – Seremban di sini petang semalam direman empat hari bermula hari ini.

Suspek yang tiba di Mahkamah Sesyen di sini kira-kira pukul 8.30 pagi ini diiringi anggota polis kelihatan tenang berbaju t kelabu.

Majistret Amalina Johar membenarkan permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tahanan reman ke atas suspek berusia 28 tahun bermula hari ini sehingga 6 April depan bagi membantu siasatan.

Semalam, Kosmo! melaporkan tiga sekeluarga maut manakala dua orang lagi cedera dalam satu kemalangan tragis melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru – Seremban, kira-kira pukul 3.45 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN