fbpx
Keadaan di Stesen Bas Kuala Kangsar hari ini.

MB masuk campur, bas laluan Kuala Kangsar-Gerik kembali beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERIK – Isu penamatan perkhidmatan bas henti-henti laluan Kuala Kangsar–Lenggong–Gerik yang meresahkan penduduk sejak 1 April lalu berjaya diselesaikan hasil campur tangan segera Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Keputusan itu dibuat susulan satu sesi perbincangan yang telah diadakan antara pihak syarikat dan Pejabat Menteri Besar Perak pada berhubung isu penamatan operasi laluan tersebut yang menimbulkan kesukaran kepada penduduk setempat.

Pengurus Besar Perak Transit Berhad, Ismail Jamal berkata, perkhidmatan Bas Henti-Henti melibatkan laluan 99A, 99B, 99C dan 99D akan mula beroperasi semula bermula hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat pihaknya setelah mengambil kira permintaan daripada Saarani sendiri.

“Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang prihatin terhadap keperluan penduduk setempat yang amat bergantung kepada perkhidmatan bas bagi laluan tersebut sebagai pengangkutan harian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata, pengoperasian semula itu adalah bersifat sementara, sehingga satu keputusan muktamad diperolehi berhubung status kelulusan permohonan subsidi pengangkutan awam daripada pihak kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan.

Difahamkan, perbincangan telah dibuat antara pejabat Menteri Besar dengan pihak syarikat agar isu tersebut yang antara lain menyuarakan kebimbangan Saarani terhadap kesan penamatan perkhidmatan kepada kehidupan harian rakyat.

Ia khususnya pelajar sekolah, warga emas, serta penduduk yang bergantung kepada pengangkutan awam untuk urusan harian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN