fbpx
Shamsul Azri (duduk tiga dari kiri) bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari dan penjawat awam pada program itu di Shah Alam. - Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!

Kerja dari rumah bukannya sambil baring, keluar beli belah – KSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bermula 15 April depan bukannya baring, duduk dan rehat atau membeli belah di pasar raya.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menegaskan, dasar itu bukan tiket penjawat awam mengambil mudah tanggungjawab namun menuntut tahap disiplin dan produktiviti sama seperti bekerja di pejabat.

Jelas beliau, BDR perlu dilaksanakan mengikut peraturan ditetapkan dengan pemantauan ketat oleh ketua jabatan masing-masing.

“Kita jangan salah faham, BDR itu bukan bermaksud baring duduk rehat, juga bukan beli belah di pasar raya. Output dan produktiviti mesti sama kerana pegawai yang melaksanakan BDR perlu mempunyai KPI (petunjuk prestasi utama) jelas dan ditetapkan lebih awal,” katanya ketika berucap pada Jelajah Taat Setia Madani Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 di sini, hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan dasar BDR bagi sektor awam dan GLC itu sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global selain mengurangkan penggunaan bahan api serta memastikan kemampanan bekalan tenaga negara yang terkesan akibat konflik di Asia Barat.

Mengulas lanjut, kata Shamsul Azri, dasar itu sebahagian daripada reformasi perkhidmatan awam yang menekankan pencapaian hasil kerja, bukan sekadar kehadiran fizikal.

Tambah Shamsul Azri, langkah penjimatan perlu dilaksanakan di semua peringkat termasuk pejabat kerajaan dengan mengurangkan pembaziran seperti penggunaan elektrik, penganjuran mesyuarat fizikal dan lawatan ke luar negara yang tidak perlu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN