fbpx
Fahmi ketika berucap di Majlis Pertukaran MoU antara MCMC dengan SC, di Suruhanjaya Sekuriti, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!

Keperluan untuk industri media bekerja dari rumah diteliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Keperluan pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) bagi industri media bakal diputuskan dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihak kementerian terlebih dahulu perlu mendapatkan pandangan daripada Majlis Media Malaysia (MMM) dan organisasi media terlibat sebelum sebarang cadangan dimuktamadkan.

Menurut beliau, antara perkara utama yang akan diteliti ialah berkaitan aspek kebajikan para pekerja dalam sektor berkenaan.

“Kedua, apa-apa maklum balas yang mungkin industri media punyai, khususnya berkait dasar BDR.

“Saya juga akan minta maklum balas Jabatan Penerangan yang mengeluarkan kad perakuan media supaya kita boleh panjangkan kepada KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) dan Kabinet dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), di sini hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan dasar bekerja dari rumah bagi kementerian, agensi selain badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan bermula 15 April depan susulan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tujuan pelaksanaan dasar itu bagi mengurangkan penggunaan bahan api serta memastikan kemampanan bekalan tenaga.

Jarak perjalanan sehala dari pejabat ke rumah melebihi 8 kilometer (km) merupakan antara syarat yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terhadap pelaksanaan dasar BDR

Antara syarat lain termasuklah pegawai perlu berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor selain semua ibu negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN