fbpx
Tangkap layar video menunjukkan mesej yang dilekatkan pada peluru berpandu sebelum dilancarkan di lokasi tidak diketahui di Iran. - IRIB

Iran lancar ‘peluru berpandu Zaman Batu’, sindir Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Satu klip video menunjukkan Iran melancarkan peluru berpandu ditampal dengan mesej yang mengutuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump selepas beliau mengancam untuk mengebom Tehran kembali ke Zaman Batu. 

Rakaman video yang disiarkan oleh media kerajaan Iran memaparkan peluru berpandu tersebut dilancarkan dari lokasi yang tidak didedahkan. 

Mesej berbaur provokatif yang dilekatkan pada peluru berpandu tersebut dianggap sebagai tindak balas Iran terhadap ancaman Trump untuk mengembalikan Tehran ke zaman batu. 

Pelancaran peluru berpandu itu juga menunjukkan keengganan Iran untuk tunduk kepada tekanan serta ugutan ketenteraan AS. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN