fbpx
EMPAT sekeluarga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, minggu lalu.

Empat sekeluarga termasuk ibu, bapa tiri didakwa bunuh anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Empat sekeluarga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, minggu lalu.

Tertuduh, M. Satis Kumar, 27, bersama isteri, M. Savathri, 28, serta ibu bapanya, S. C. Veeraletchumi, 53, dan M. Murali, 49, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret R. Prabakaran.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh itu didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Thanavitha di sebuah rumah di Taman Sungai Mas, Taiping dalam daerah Larut, Matang dan Selama pada waktu pagi, 26 Mac 2026.

Sehubungan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farihah Adilah Fazial manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, prosiding itu turut dihadiri tiga peguam pemerhati bagi mewakili keluarga mangsa iaitu Dinesh Muthal, Devanisan Ganesan dan Low Tze Ken.

Tarikh sebutan semula kes itu ditetapkan pada 15 Mei depan sementara menunggu laporan forensik, bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Media sebelum ini melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan dibawa ke Hospital Taiping dalam keadaan tidak sedarkan diri dan didapati meninggal dunia dengan kesan kecederaan yang mencurigakan pada tubuh mangsa.

Berdasarkan hasil bedah siasat, punca kematian kanak-kanak itu akibat kecederaan di bahagian kepala dan leher disebabkan trauma tumpul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN