SIAPA sangka minat yang pada awalnya sekadar hobi bertukar menjadi punca keretakan rumah tangga dan perceraian. Membuka kisah bersama K-Wanita, Amran (bukan nama sebenar) tidak berniat membuka pekung bekas isterinya apatah lagi mengungkit kejadian yang sudah lama berlalu. Cumanya, perkongsian dilakukan sekadar niat berkongsi sekali gus memberi kesedaran terutama kepada pasangan suami isteri bahawa perceraian boleh berlaku dalam apa jua cara. Beritahu Amran, 48, bekas isterinya sebelum ini berubah secara drastik sejak aktif dalam komuniti hiasan (makeup) kereta selepas dua……














