fbpx
Tangkap layar video menunjukkan jari kanak-kanak perempuan itu disarungkan cincin. - TikTok 

Budak bawah umur bertunang, dapat hantaran keperluan bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pertunangan dua kanak-kanak bawah umur di Madura, wilayah Jawa Timur mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @pembasmii.kehaluan.reall menunjukkan ibu kepada pihak lelaki sedang menyarungkan cincin ke jari seorang kanak-kanak perempuan. 

Sebelum majlis pertunangan itu berlangsung, keluarga lelaki dilihat membawa sejumlah hantaran. 

Salah satu hantaran mengandungi cincin dan barang keperluan bayi seperti minyak herba, bedak, susu serta snek untuk kanak-kanak. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kanak-kanak pada usia itu sepatutnya bermain ‘sorok-sorok’ tetapi dia (kanak-kanak perempuan berkenaan) harus berfikir masa depannya,” kata seorang netizen. 

“Di Madura, kanak-kanak yang bertunang akan berkahwin pada usia yang sesuai dan selepas habis sekolah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN