“PENDIDIKAN awal saya banyak membentuk siapa diri saya hari ini, terutama dalam aspek empati dan kepimpinan berteraskan nilai. “Bagi saya, membentuk manusia bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi membina akhlak dan keyakinan diri. “Titik tolak sebenar atas apa yang saya lakukan ketika ini bermula apabila melihat sendiri bagaimana ramai wanita terperangkap dalam kitaran ketakutan dan ketidakberdayaan.” Demikian mukadimah aktivis dan pejuang hak wanita serta kebajikan keluarga Datuk Faridah P Hamsa, 43, ketika memulakan bicara bersama K-Wanita mengenai apa yang diperjuangkan. Aktif……














