fbpx
AMARJIT (kiri) mempersembahkan gambar yang memaparkan Sultan Nazrin Shah hadir pada Piala Dunia Trek 2001 kepada Baginda. - PKBM

Amarjit mengadap Sultan Perak, kongsi perkembangan sukan berbasikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill mendapat penghormatan mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Perak, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pertemuan penuh bermakna itu, Amarjit membentangkan perkembangan pesat sukan berbasikal negara, termasuk kejayaan pelumba kebangsaan yang semakin menyerlah di pentas Asia dan antarabangsa.

Beliau turut berkongsi usaha berterusan PKBM dalam melahirkan lebih ramai bakat baharu melalui program akar umbi serta penubuhan World Cycling Centre di Johor Bahru yang bakal mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara berbasikal yang kompetitif.

Amarjit yang juga Presiden Konfederasi Berbasikal Asia memaklumkan kepada Baginda mengenai perancangan untuk menaik taraf Velodrom Rakyat di Ipoh, Perak dengan pembinaan bumbung asas dan trek baharu.

Menerusi naik taraf tersebut, ia mampu meningkatkan standard fasiliti itu ke peringkat antarabangsa, sekali gus membolehkan Perak menjadi tuan rumah kepada lebih banyak kejohanan serantau dan antarabangsa.

“Adalah satu penghormatan besar untuk membentangkan perkembangan serta hala tuju masa depan berbasikal Malaysia kepada DYMM Tuanku. Kejayaan para pelumba dan kemajuan sukan ini adalah usaha bersama semua pihak,” kata Amarjit.

Dalam pada itu, beliau turut memberikan taklimat kepada DYMM Sultan Nazrin Shah berhubung penganjuran Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 (pusingan akhir) yang akan berlangsung di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan bermula 24 hingga 26 April ini.

Penganjuran itu boleh dianggap cukup bersejarah memandangkan ini merupakan kali pertama saingan Piala Dunia Trek kembali ke Malaysia dalam tempoh 25 tahun sejak kali terakhir dianjurkan pada edisi 2001 di Ipoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN