fbpx
ANTARA warganegara Indonesia yang ditahan dalam aktiviti penyeludupan migran dalam Ops Pintas Bersepadu dan Ops Taring Landai di kawasan Perairan Kukup, di Pontian, semalam. Foto IHSAN POLIS

8 warga Indonesia tumpas, dalang seludup migran dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Kegiatan penyeludupan imigran yang didalangi lapan lelaki warga Indonesia berjaya dipatahkan dalam Op Pintas Bersepadu dan Ops Taring Landai di perairan Kukup, di sini semalam.

Serbuan kira-kira pukul 6 petang itu dilakukan hasil risikan dan operasi bersepadu antara Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Kukup selama dua minggu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, kesemua suspek berusia antara 21 hingga 31 tahun dan dipercayai memainkan peranan penting dalam sindiket tersebut.

“Tangkapan awal melibatkan lima individu terdiri daripada penjaga rumah penampungan, tekong laut serta tiga imigran yang disyaki terlibat dalam aktiviti keluar masuk Malaysia melalui laluan tidak diwartakan. Susulan itu, tiga lagi suspek berjaya ditahan dalam operasi sama membabitkan tekong darat, tekong laut dan pembantu penjaga rumah penampungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak polis turut merampas dua buah bot berukuran 29 x 3 kaki yang dilengkapi enjin 15 kuasa kuda jenis Yamaha selain tiga telefon bimbit dan beberapa kad SIM dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM50,000.

Beliau berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati lima daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine dan sesemua mereka kini ditahan di bawah Seksyen 4(5)Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012 dan Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63, selain disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN