fbpx
BERUS diperbuat daripada bulu babi yang dikesan digunakan sebuah kilang memproses kopi dan biskut di Melaka. - foto JAIM

Sin Sing Coffee nafi terkait kes berus babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Syarikat pengeluar minuman berasaskan kopi terkenal dari Melaka, Sin Sing Coffee Sdn. Bhd. menjelaskan pihaknya tidak terkait dengan kes penggunaan berus babi yang dikesan digunakan sebuah kilang kopi di negeri ini, semalam.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, maklumat dan gambar yang tular di media sosial menerusi pelaporan media adalah tidak berkaitan dan bukan persekitaran premis mereka.

“Kedua, syarikat kami hanya menumpukan kepada pengeluaran produk kopi dan tidak menghasilkan biskut. Syarikat kami juga sentiasa mematuhi piawaian dan keperluan pensijilan Halal Malaysia.

“Semua proses pengeluaran adalah selaraa dengan garis panduan kebersihan dan syariah ditetapkan,” katanya.

Tegasnya, status halal syarikat tersebut juga masih sah dan diiktiraf, malah semakan boleh dibuat oleh orang ramai di portal rasmi Halal Malaysia.

“Syarikat kami beroperasi selama lebih 67 tahun dan sentiasa komited dalam menghasilkan produk berkualiti serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Kami menyeru orang ramai agar tidak mempercayai maklumat yang tidak disahkan atau membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan sijil halal sebuah kilang memproses kopi dan biskut di sini ditarik semula selepas dikesan menggunakan berus diperbuat daripada bulu babi untuk membersihkan peralatan di premis.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md. Azhan Samat berkata, perbuatan itu terbongkar selepas pasukan daripada Bahagian Pengurusan Halal membuat pemeriksaan pada Januari lalu.

Jelasnya, kilang terbabit merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah beroperasi lebih 10 tahun lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN